Menyakiti dan disakiti

Hidup kita sering dipenuhi dengan 'disakiti dan menyakiti'. Kalau boleh kita tak nak disakit dan menyakiti orang tapi disebabkan  kita disakiti lalu kita menyakiti orang sekeliling kita. Bila ada yang disakiti mesti ada yang meyakiti.

Bila kita cuba yang terbaik untuk tidak menyakiti orang, kita punya terbaik itu tidak cukup baik bagi mereka kerana kita mesti akan menyakiti mereka secara tak sengaja. Dan mereka disakiti oleh kita.
Susahnya hidup untuk menjaga hati orang lain. Kita hidup dengan penuh hati-hati pun pasti ada yang disakiti.

Kadang-kadang, kita disakiti oleh orang yang kita sayang. Ada kalanya kita tak nak pun menyakiti mereka tetapi disebabkan kita disakiti, kita seakan lupa untuk melayan mereka seperti kita layan mereka dulu-dulu. Kita layan mereka dengan penuh kesakitan. Jadi, mereka pun disakiti oleh kita.

Kalau ada yang menyakiti pasti ada yang disakiti. Kalau tiada yang disakiti tiada juga yang menyakiti. Memang semua ingin membuat yang terbaik tapi kadang-kadang yang terbaik itulah yang menyakiti hati kita. 

Hati kita rapuh sangat sebab itu mudah disakiti. Kadang-kadang kita tak tahu pun yang kita telah menyakiti orang lain padahal apa yang kita inginkan buat mereka aalah yang terbaik dan semestinya yang membahagiakan mereka. Tapi yang sedihnya, mungkin kita di takdirkan untuk menyakiti mereka, bukan membahagiakan mereka. Mungkin kerana itulah dia disakiti.

Semua orang ingin yang terbaik. Bila semua inginkan yang terbaik maka terjadilah survival. Maka lahirlah 'disakiti' dan 'menyakiti'

A sakitkan B jadi B berdendam dengan A lalu membalas dendamnya dengan menyakiti A. DIsini lahirlah 'victim' dan 'perpetrator'. Kita semua akan jadi predator dan victim. Mungkin mula-mula kita akan jadi victim dan kemudian menjadi predator.

Entahlah. Bila aku orang buat aku, aku tertanya kenapa. Jujur aku dah tak dapat nak bagi apa-apa alasan buat mereka. Mungkin penat dengan karenah mereka. Suka hatilah. Macamlah aku tak pernah menyakiti mereka. Dan mungkin kerana itulah mereka menyakiti aku.

No comments: