Prefectly Imperfect

Assalamualaikum.



Kadang kadang mungkin kita pernah pandang cermin dan berdiri lama sambil tenung tk lepas pantulan wajah sendiri. Kenapa aku tak cantik macam dia and dia? Kenapa kulit aku tak secerah dia? Kenapa gigi aku tak macam dia? Kenapa aku tak kurus macam dia? Kenapa aku tak tinggi? Kenapa aku dijadikan macam ni?

Actually, pemerhatian 'dijadikan begini' tu dah lama dah dibuat. Entah sejak bila- Mungkin telinga dengar kutukan entah dari siapa. So, persoalan 'kenapa' tu adalah jugak berputar belit dalam fikiran.

Dia Maha Mengetahui.

Maybe, kalau kita memiliki apa yang kita ingin miliki akan timbu rasa riak, takkabur. Maybe kalau kita ada kulit cantik, badan kurus and siap ada body curve macam tu, kita maybe akan buat kita berada dalam 10 tapak hampir dengan dosa. Maybe akan membuat kita cenderung melakukan dosa.

Bila kita fikirkan balik, takkanlah Dia sengaja menjadikan seseorang itu begitu hanya semata mata dihina, diejek dan dilukai? Allah tidak kejam.

He knows the best.

kenapa dia dijadikan rendah, dan ada muka macam tu.  Allah sahaja yang tahu. Kenapa kita nak judge orang. "Dia hodoh dari dia ni. bla bla bla bla..." Bukan ke Allah makhluk tu?

"Sesungguhnya kami telah mencipta dalam bentuk manisia dengan sebaik-baiknya 
(dengan keadaan yang sesuai dengan keadaannya)" - Surah  At-Tin ayat 4

Ada juga kes orang jatuh cinta dengan kekurangan diri kita. Pernah ada kes macam tu.



Manusia ni macam kepingan puzzle. Kalau korang sedar, kepingan puzzle tu perlu dilengkapkan dengan erti kata lain, tidak sempurna. Kepingan puzzle tu perlu dilengkapkan dengan kepingan puzzle lain. Sama macam manusia.

Sayang sangat, majoriti manusia diperintah dengan persepsi yang entah dari mana muncul. Apabila 'cantik' ni tidak memenuhi kriteria persepsi ia akan dikatakan hodoh. Cantik ni bukan sekadar luaran. Bukan cantik mata memandang. Cantik mengikut persepsi tidak seimbang bukannya beerti tidak sempurna.

Cantik seseorang itu, bergantung pada yang melihat. Dan pendapat yang dikemukakan, bukan fakta tapi hanya sekadar pendapat.

Kata-kata lebih tajam dari pedang - orang cakap. Pedang membuka luka yang boleh dilihat tetapi mulut membuka luka yang tidak boleh dilihat. Tidak kira dia dijadikan begitu atau begini semuanya bersebab. Dan sebab itu hanya Allah sahaja yang tahu. There's no need ejek atau bergurau. Banyak lagi topik yang boleh dibuat bergurau selain dari sifat kejadian - rupa paras seseorang. Kita tak tahu kata-kata kita sedalam mana. Dan bila kita ejek atau bergurau kita macam mengutuk ciptaanNya.

Mengutuk ciptaanNya?
Kita tak layak sebernanya

No comments: